← Back to list
Al-Sultan Abdullah Kembali Ke Pahang  
Jan 30, 2024
Rakyat berpeluang sertai acara Lambaian Kasih sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah pagi ini.  
Bagi yang hadir, Polis KL minta untuk mematuhi arahan kawalan lalu lintas. 
7 laluan di ibu kota terlibat penutupan penuh, manakala 13 jaluan ditutup secara berperingkat.  
Laluan yang ditutup sepenuhnya seawal 6 pagi tadi adalah Jalan Parlimen sehingga ke Bulatan Dato Onn. 
Al-Sultan Abdullah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini selepas bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia selama 5 tahun.  
Sementara itu 5 jalan di ibu kota akan ditutup secara berperingkat esok sempena Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Iskandar. 
Antara jalan yang terlibat adalah ialah Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak.  
---  
Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes bunuh kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan.  
Menurut Bukit Aman, pihaknya, tidak pernah berhenti menyiasat dan akan terus cari petunjuk baru.  
--- 
Bersatu rancang ambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyatnya yang khianat terhadap parti. 
Sebelum ini, 6 Ahli Parlimen parti itu mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan.  
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca