← Back to list
Banjir di Utara Semenanjung Makin Buruk
Sep 18, 2024
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya pantau keselamatan anak-anak sepanjang musim cuti persekolahan ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata, ia termasuk melarang anak-anak bermain air banjir susulan bencana itu yang kini melanda utara Semenanjung.
Sementara itu jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis meningkat kepada hampir 2,800 dan mereka kini berlindung di 24 PPS dengan Kedah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu hampir 2,200.
Dalam perkembangan berkaitan, cuti hampir 800 pegawai dan anggota Bomba di Kedah dibekukan ekoran situasi banjir di negeri itu.
Ia sebagai persediaan hadapi bencana tersebut yang diramal semakin buruk dalam masa beberapa hari ini.
Sementara itu amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga esok.
MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri lain juga berisiko alami cuaca sama sepanjang minggu ini.
Pihak berkuasa turut beri amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di Pulau Pinang ekoran cuaca buruk dan ombak yang tinggi.
Semalam tular video papar orang ramai lari menyelamatkan diri ekoran sejumlah lokasi tumpuan termasuk Padang Kota, Pantai Bersih serta R&R Bagan Ajam dibadai ombak besar.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca