Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Isu GISB: KPWKM Tak Campur Tangan Siasatan Polis

Sep 20, 2024


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak campur tangan dalam siasatan polis terhadap kes eksploitasi dan dera penghuni rumah amal yang dikaitkan dengan GISB. 

Menurut kementerian, tumpuan pihaknya adalah kebajikan lebih 400 kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah tersebut.  

Polis sebelum ini mendedahkan, sejumlah mangsa yang diselamatkan menunjukkan tanda-tanda didera secara fizikal dan seksual, serta gejala kekurangan zat makanan. 

Dalam perkembangan, Menteri Hal Ehwal Agama beritahu penentuan nasab sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

Ini selepas mendapati sebahagian kanak-kanak itu dibinkan dengan Abdullah dan ibu bapa tidak tahu status mereka kerana ada perkahwinan ahli GISB disyaki tidak didaftarkan. 

Sementara itu, PDRM meneruskan tindakan tegas dengan menahan beberapa lagi individu penting yang dikaitkan dengan GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu. 

Ketua Polis Negara berkata, 19 individu termasuk pemimpin utama syarikat itu, isteri dan anak mereka antara yang direman seminggu untuk siasatan.  

--- 

Situasi banjir di Kedah makin buruk menyaksikan jumlah mangsa mencecah lebih 6,000 orang.

Susulan itu Menteri Besar Kedah umum setiap Ketua Isi Rumah yang berpindah ke PPS akan terima bantuan berjumlah 2,000 ringgit dari kerajaan negeri dan kerajaan pusat.  

Sementara itu kerajaan Pulau Pinang tidak bercadang isytihar darurat susulan banjir di beberapa kawasan di negeri itu dilihat semakin reda. 

Negeri itu kini mencatatkan kira-kira 580 mangsa banjir.  

Di Perlis juga bencana alam itu dilapor semakin pulih dan jumlah mangsa kini kurang 120 orang.  

Selangor turut merekodkan mangsa banjir melibatkan 100 penduduk di daerah Kuala Selangor.  


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca