← Back to list
Monsun Timur Laut: Siap Siaga Hadapinya
Sep 23, 2024
Masyarakat perlu cakna dan peka terhadap amaran ketika Monsun Timur Laut.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia, Ambun Dindang, pihaknya akan keluarkan amaran awal monsun itu di semua platform medianya.
Sementara itu, tahun ini ‘Monsun Timur Laut: Tindakan dan Cabaran Barisan Hadapan’ diangkat sebagai tema Forum Iklim Kebangsaan pada 3 Oktober ini.
Orang ramai boleh mengikuti acara berkenaan secara langsung di Facebook Live MetMalaysia.
.....
Kerajaan akan laksanakan satu program khas bagi bantu pelajar yang tidak berminat ke tingkatan 4 untuk menceburi bidang TVET akhir tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata program ini akan memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pendidikan.
.....
Kira-kira 7900 mangsa banjir direkodkan di Kedah ketika ini dengan hampir 40 PPS dibuka di 5 daerah di negeri berkenaan.
Sementara itu, perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Kedah sudah mula beroperasi hari ini setelah beberapa hari dihentikan ekoran cuaca buruk di negeri itu.
.....
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dipilih sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu.
.....
Ketua Polis Negara nafi dakwaan kononnya siasatan terhadap GISB dijalankan secara keterlaluan sebaliknya berkata ia dilakukan secara teliti dan mematuhi undang-undang.
.....
Dan polis tahan seorang warga asing kerana meluru dan melompat ke atas beberapa kenderaan yang sedang bergerak hingga mengakibatkan kemalangan di Kajang minggu lalu.
Tangkapan berjaya dibuat selepas video menunjukkan perbuatan pendatang tanpa izin itu tular.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca