← Back to list
Cuaca salah satu penyumbang insiden seperti tanah jerlus
Sep 24, 2024
MetMalaysia tidak nafikan cuaca menjadi salah satu faktor kepada kejadian tanah jerlus dan seumpamanya.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah, Ambun Dindang berpendapat struktur bawah tanah lebih memainkan peranan penting.
Pihaknya berkata demikian bagi mengulas isu insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Ogos lalu.
Sementara itu orang ramai boleh mengikuti Forum Iklim Kebangsaan secara langsung di Facebook Live MetMalaysia pada 3 Oktober ini.
.....
Dalam perkembangan lain, DBKL sahkan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Sultan Ismail telah selesai pagi tadi dan jalan tersebut telah dibuka semula.
.....
Polis berjaya selamatkan 4 beradik berusia 6 hingga 11 tahun di Tapah, Perak menerusi Fasa 4 Op Global setelah terpisah dengan bapa mereka sejak 2021.
Pihaknya berkata hasil semakan mendapati seorang daripada kanak-kanak itu merupakan mangsa yang dirotan ahli GISB dalam video yang viral baru-baru ini.
.....
Dan, Wisma Putra sahkan lebih 20 rakyat Malaysia di Lubnan berada dalam keadaan selamat susulan serangan udara yang dilakukan Israel.
Pihaknya minta kesemua mereka berwaspada dan akan terus memantau perkembangan terkini di negara tersebut.
Hampir 500 terbunuh dan lebih 1,600 cedera akibat serangan tersebut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca