← Back to list
Buli Siber Esha: Lelaki dipenjara 12 bulan
Sep 25, 2024
Seorang lelaki dihukum penjara setahun selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan hantaran komunikasi lucah serta mengaibkan ibu pempengaruh TikTok, Esha.
Ini selepas lelaki berusia 40 tahun itu menukar pengakuannya kepada bersalah pada sebutan semula kes hari ini.
Terdahulu, Esha yang dipercayai menjadi mangsa buli siber ditemui meninggal dunia di kediamannya.
Sementara itu, jika anda memerlukan sokongan psikososial, hubungi talian bantuan Talian HEAL di 15-555.
__
JAKIM akan laksanakan pelan tindakan menyeluruh bersama agensi berkaitan dalam menangani isu GISB yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dan agama.
Ia termasuk membantu mangsa dalam kalangan kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikaitkan dengan GISB menerusi Op Global.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Dr Zulkifli Hasan berkata tumpuan utama adalah untuk memastikan aspek akidah dan kebajikan kanak-kanak, remaja serta wanita yang terbabit.
__
Sementara itu, tempoh tahanan reman 24 individu termasuk Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GISB, dan isteri disambung empat hari lagi.
__
Dalam perkembangan berkaitan, MCMC berkata pihaknya akan menurunkan lagu parodi berkait GISB sekiranya menerima arahan daripada pihak polis.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai isu berkenaan.
__
Dan penyanyi Dayang Nurfaizah umum akan lancarkan lagu baharu bulan depan.
Sebelum ini, Dayang berkongsi akan keluarkan album pada November menerusi media sosial miliknya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca