Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Isu Buang Sampah: KPKT akan perkenal RUU baharu

Sep 27, 2024


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan perkenalkan rang undang-undang bagi menangani isu pembuangan sampah di negara ini. 

Menterinya, Nga Kor Ming berkata hukuman khidmat sosial kepada pesalah berulang akan diperkenalkan sebagai salah satu usaha mengelakkan perkara tersebut sekali gus memberikan gambaran dan imej yang baik kepada negara. 

Tambahnya, seramai 35 juta pelancong dijangka datang ke Malaysia yang boleh bawa keuntungan kira-kira 140 bilion ringgit kepada negara. 

..... 

Sementara itu, sebanyak 20 pasar raya, kedai serbaneka dan kedai rangkaian farmasi akan menghentikan penggunaan beg plastik sepenuhnya bermula 1 Oktober ini. 

KPKT berkata inisiatif itu akan mengurangkan penggunaan 200 juta beg plastik setahun sekali gus memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sedia ada. 

..... 

Ketua Polis Negara sahkan premis berkait GISB di Sarawak dan Sabah sudah tidak beroperasi dan akan digeledah serta disita untuk siasatan. 

Tan Sri Razarudin Hussain berkata PDRM akan terus pantau premis itu bagi memastikan individu yang terbabit dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan. 

..... 

Sementara itu, 7 tahanan reman yang dikaitkan dengan GISB dilanjutkan reman selama lima hari lagi untuk bantu siasatan terhadap syarikat itu. 

..... 

Seorang pekerja pembersihan maut manakala seorang lagi cedera parah apabila dipijak gajah berhampiran sebuah sekolah di Mersing, Johor. 

Kejadian berlaku apabila kedua-dua mereka cuba menghalau haiwan liar berkenaan daripada mendekati kawasan sekolah itu. 

..... 

Dan Malaysia gesa gencatan senjata segera di Lubnan susulan serangan dilancarkan Israel ke atas negara tersebut yang telah mengorbankan lebih 600 nyawa. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca