← Back to list
Selesai Dulu Saman Tertunggak
Oct 04, 2024
Selesai dulu semua saman tertunggak dan isu senarai hitam PDRM dan JPJ barulah layak sertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
Ketua Pengarah JPJ beri nasihat tersebut kepada individu yang berminat sertai program itu yang membolehkan pemilik Lesen Memandu Kelas B2 dan B1 dapat lesen B penuh.
Jelas Datuk Aedy Fadly Ramli, selepas itu baharulah status mereka dalam sistem MyJPJ bertukar kepada layak, dengan syarat sudah memiliki lesen lebih 10 tahun.
Sementara itu integrasi MyDigital ID dengan aplikasi MyJPJ hanya ditangguhkan bukan dibatalkan.
CEO MyDigital ID beri penjelasan itu ekoran ada salah faham mengenai kenyataan Menteri Pengangkutan.
---
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tangguh bentang kertas cadangan berkaitan kebajikan anak asuhan GISB ke Kabinet.
Ia untuk sedia rancangan lebih baik ekoran pertambahan maklumat dan peningkatan jumlah mangsa yang diselamatkan.
Sementara itu Mahkamah Majistret Shah Alam membenarkan tempoh reman 9 individu termasuk isteri-isteri kepada pemimpin kanan GISB dilanjutkan sehari dan 2 hari lagi.
Ia antaranya bagi bantu siasatan berhubung kes pemerdangan manusia.
---
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan sewajarnya bagi berdepan banjir pada musim tengkujuh.
Namun pihaknya yakin, IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik bagi hadapi bencana alam itu berdasarkan pengalaman lalu.
Ia termasuk menentukan kaedah pembelajaran hibrid dan mewujudkan PPS khas untuk siswa yang hadapi masalah dan terjejas banjir.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca