← Back to list
Johor Tukar Semula Cuti Hujung Minggu
Oct 07, 2024
Cuti hujung minggu di Johor ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun depan.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah, cadangan berkenaan telah dapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penyelarasan semula cuti hujung minggu Johor itu akan memberi impak terhadap 2.5 juta individu di negeri berkenaan.
Tambah beliau, kerajaan negeri bersama semua agensi yang terlibat akan memperincikan waktu kerja yang sesuai untuk memberi masa yang mencukupi untuk solat Jumaat.
---
Pelarasan tarif elektrik dan rasionalisasi subsidi diesel bukan bertujuan membuat rakyat menderita.
Tegas Perdana Menteri, ia sebaliknya bagi elak negara muflis dan jimat wang kerajaan yang sedang disalur semula kepada rakyat yang benar-benar layak.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, kerajaan terus komited dengan kempen tegas dan proaktif menentang rasuah dan salah guna kuasa.
---
122,000 murid Tahun Satu sesi akademik tahun ini di seluruh negara dikesan belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
Kementerian Pendidikan memberitahu, antara puncanya adalah keciciran pembelajaran semasa pandemik COVID-19, kemiskinan dan anak-anak keperluan khas.
Namun jelas KPM, angka itu dijangka berkurang sejajar dengan pelaksanaan Program Intervensi Literasi dan Numerasi yang bermula Ogos lepas.
Dalam satu lagi perkembangan, KPM dalam usaha tambah guru kaunseling untuk capai sasaran nisbah seorang guru tersebut bagi setiap 250 murid.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca