← Back to list
MALBATT Berlindung di Kubu
Oct 11, 2024
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan telah diarah tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik.
Menurut Kementerian Pertahanan, mereka kini diarah berlindung di dalam kubu susulan provokasi tentera Israel.
Kementerian juga beri jaminan sentiasa mengutamakan keselamatan pegawai dan anggota MALBATT yang bertugas di bawah misi pengaman PBB itu.
Terdahulu, Indonesia selar tindakan Israel membedil pangkalan Pasukan Interim PBB di Lubnan hingga menyebabkan 2 anggota tenteranya cedera.
---
Maritim Malaysia Terengganu telah buat persediaan awal dari aspek aset dan anggota bagi hadapi Monsun Timur Laut.
Pihaknya turut menasihatkan komuniti maritim untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa.
Baru-baru ini MetMalaysia memaklumkan Monsun Timur Laut akan bermula lebih awal iaitu pada minggu ke-3 bulan ini.
Sementara itu kira-kira 3,600 kini berlindung di PPS akibat banjir di utara tanah air, majoritinya di Kedah.
Manakala di Johor, 140 penduduk masih berada di PPS.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca