← Back to list
Jentera NADMA Digerakkan Ke Kawasan Banjir
Oct 16, 2024
Jentera NADMA Digerakkan Ke Kawasan Banjir
Jentera Nadma dan agensi berkaitan sudah digerakkan ke kawasan yang dilanda banjir untuk bantu memindahkan mangsa ke PPS.
Timbalan Perdana Menteri berkata ia dilakukan segera mengambil kira Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku lebih awal berikutan perubahan iklim.
Sehingga kini, lebih 4,200 mangsa banjir masih berlindung di PPS di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Melaka dan Johor.
DBKL aktifkan bilik gerakan 24 jam
DBKL mengaktifkan bilik gerakan untuk kesan sebarang kenaikan paras air yang boleh menyebabkan banjir.
Menteri Wilayah Persekutuan berkata ia melibatkan 24 hotspot banjir di sekitar KL antaranya Jalan Pudu, Jalan Sultan, Bulatan Dato' Onn dan Jalan Maharajalela.
Dr Zaliha Mustafa dalam pada itu menjelaskan banjir yang melanda beberapa kawasan di KL pagi semalam adalah disebabkan taburan hujan yang sangat tinggi.
Wujud elemen jenayah dalam kes kematian pelajar UiTM Dungun
Pertuduhan bunuh dikenakan ke atas pemandu SUV yang merempuh 3 pelajar UiTM Dungun hingga maut adalah disebabkan wujudnya elemen jenayah dalam insiden itu.
Polis berkata ia mengambil kira kemungkinan berlakunya rempuhan ketika suspek dalam keadaan sedar, tidak memberhentikan kenderaan selain menyeret mangsa hingga lebih 100 meter.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca