← Back to list
Belanjawan 2025: Rakyat penerima manfaat utama!
Oct 19, 2024
Belanjawan 2025 mengutamakan kebajikan sosial rakyat dengan pelbagai pemberian kepada golongan yang paling memerlukan.
Ia sekaligus jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia adalah penerima manfaat sebenar belanjawan kali ini.
Antara peruntukan diumumkan oleh Perdana Menteri termasuk RM64.1 bilion kepada sektor pendidikan yang merupakan peningkatan serta jumlah tertinggi dalam sejarah.
__
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut umumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 berkuatkuasa mulai Februari tahun depan.
Syarat kelayakan gaji bagi penerima Bantuan Elaun Pekerja OKU juga ditingkatkan kepada RM1,700 berbanding RM1,500 pada tahun sebelumnya.
__
Dan, situasi banjir masih belum reda dengan lebih 3,000 mangsa terjejas banjir, majoritinya di Perak yang mencatatkan lebih 1,600 mangsa.
MetMalaysia pula keluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Selangor, KL, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga 2 petang ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca