← Back to list
Reaksi & Komen Belanjawan 2025
Oct 20, 2024
Reaksi & Komen Belanjawan 2025
85 peratus rakyat tidak perlu bimbang kerana mereka tidak terkesan dengan cadangan penyasaran subsidi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan pertengahan tahun depan.
Itu jaminan Perdana Menteri sambil menjelaskan ia lebih tertumpu untuk menghentikan 40 peratus bahan api bersubsidi kepada golongan T15 dan warga asing.
Menerusi pembantangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dapat menjimatkan kerajaan sebanyak 8 bilion ringgit dan ia akan dimanfaatkan untuk golongan memerlukan.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kewangan II menasihati semua pihak supaya hentikan spekulasi mengenai kadar ambang pendapatan untuk subsidi bersasar menerusi Belanjawan 2025.
Jelas Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, kerajaan sedang menentukan mekanisme sesuai bagi memastikan subsidi bersasar diberikan kepada golongan yang memerlukan.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan akan memanfaatkan segera peruntukan Belanjawan 2025 untuk pembaikan tandas hospital dan wad pesakit yang uzur.
Belanjawan itu menyaksikan KKM terima peruntukan kedua tertinggi lebih 45 bilion ringgit.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan Tinggi akan umum kadar yuran pendidikan baru untuk anak golongan kaya
Ia susulan pengurangan subsidi pendidikan bagi kumpulan berpendapatan 15 peratus teratas seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Sementara itu, kemudahan van untuk murid ke sekolah dari stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen sehala seperti dalam Belanjawan 2025 akan dilaksanakan menerusi Transit Responsif Atas Permintaan, DRT.
Menurut Kementerian Pengangkutan, DRT akan jadi mod pengangkutan awam alternatif kepada pelajar bagi mengurangkan kos pengangkutan dan sebagai kemudahan ke sekolah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca