← Back to list
Perhebatkan Kemudahan di Stesen Minyak - PM
Oct 26, 2024
Perdana Menteri nasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk tambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu dapat tingkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam.
Tambahnya, Petronas harus lebih aktif menyediakan kemudahan termasuk kemudahan surau kerana ianya digunakan oleh jutaan rakyat.
.....
JPA maklumkan penjawat awam yang beragama Hindu boleh guna Cuti Tanpa Rekod selama satu hari sempena Deepavali.
Pihaknya berkata mereka boleh memilih untuk menggunakannya sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu.
.....
Dalam perkembangan lain, kerajaan bersetuju berikan satu hari cuti tambahan kepada pelajar Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia sempena Deepavali.
.....
Seorang pelajar Malaysia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh kerajaan UK selepas didapati bersalah membunuh bayi yang baru dilahirkan.
.....
Dalam pada itu, pelajar sebuah universiti awam yang terlibat kes menipu NGO babitkan kerugian lebih 200 ribu ringgit telah dibebaskan dengan jaminan polis.
.....
Polis akan adakan mesyuarat khas bersama 20 agensi sektor awam dan swasta bagi kenal pasti punca letupan dan gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh pada Isnin lalu.
.....
Dan Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia yang berada di pantai timur India untuk berwaspada susulan Siklon Dana.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca