← Back to list
Akta 852: Pemilik Premis Cukup Masa Sebelum Larangan Pamer Produk Tembakau
Oct 28, 2024
Pemilik premis mempunyai masa yang cukup sebelum penguatkuasaan larangan mempamerkan produk tembakau pada April tahun depan.
Kementerian Kesihatan berkata pihaknya sedang giat beri pendidikan kepada masyarakat dan peniaga agar mereka bersedia untuk mematuhi peraturan berkenaan.
KKM telah lakukan pemeriksaan di lebih 45 ribu premis di seluruh negara berhubung Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 sejak 1 Oktober lepas.
.....
Polis sedang siasat dakwaan kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak atau ‘child grooming’ menerusi media sosial.
Sebelum ini, Kementerian Komunikasi sahkan MCMC terima aduan mengenai kewujudan kumpulan berkenaan dan sedang bekerjasama dengan Meta dan polis untuk siasatan lanjut.
.....
Kementerian Digital berkata Rang Undang-Undang berkaitan buli siber akan dibentangkan selewat-lewatnya pada sesi Parlimen Mac tahun depan.
Desakan RUU ini dilakukan susulan kematian seorang pempengaruh, sehari selepas membuat laporan polis mengenai buli siber yang dialaminya.
.....
Hanya pelajar lepasan SPM akan terlibat dalam program PLKN 3.0 yang dijadual bermula Januari tahun depan.
Timbalan Menteri Pertahanan berkata calon yang gagal hadir disebabkan kekangan miliki tempoh hingga usia 35 tahun untuk mengikuti program tersebut.
.....
Pasukan Gerakan Am rampas lebih 18 ribu paket minyak masak di Rantau Panjang, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran, Thailand.
.....
Dan, seorang rakyat Malaysia ditemui maut dipercayai dibunuh seorang gelandangan di kediamannya di Melbourne, Australia.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca