← Back to list
Agong Pandang Serius Kes Buli Siswa UPNM
Nov 12, 2024
Yang di-Pertuan Agong memandang serius kes buli yang berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM.
Sultan Ibrahim bertitah, budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia jejas kesejahteraan pelajar dan cemar reputasi universiti dan IPT di negara ini.
Ia susulan satu lagi kes buli terbaru melibatkan siswa UPNM yang mengakibatkan mangsa cedera tulang rusuk dan tulang belakang.
Dalam satu lagi kes buli di UPNM, Kementerian Pertahanan beritahu, penuntut yang menekap juniornya dengan seterika, mungkin diberhentikan pengajian dan diminta bayar balik biasiswa.
Mindef juga laksana penambahbaikan bagi cegah kes buli di universiti itu antaranya mengasingkan penginapan penuntut senior dengan junior, serta pasang CCTV di asrama.
---
Seorang lelaki di KL dilapor tergamak bunuh ibunya 3 tahun lalu kemudian simpan mayat dalam peti ais dan menyembunyikannya selama 3 tahun.
Perbuatannya hanya terbongkar selepas dia sendiri tampil buat laporan polis baru-baru ini ekoran dipercayai alami masalah kewangan dan menghidap penyakit kronik.
---
Kementerian Ekonomi mengesahkan mekanisme menggunakan kad pengenalan bakal jadi kaedah pilihan bagi melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95.
---
PGA Kelantan berkas seorang lelaki di Tumpat kerana dipercayai seludup masuk lebih 280 pokok orkid dari Thailand bernilai hampir RM1 juta.
---
PGA Pahang tahan 6 lelaki disyaki pemburu haram di Temerloh menerusi Operasi Bersepadu Khazanah.
---
Polis Selangor sahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes beg berisi wang tunai RM1 juta tercicir dari van syarikat keselamatan di Ampang, minggu lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca