← Back to list
Jangan Sertai Perhimpunan Terkait Isu Pengampunan
Jan 04, 2025
Orang ramai digesa untuk tidak menyertai mana-mana perhimpunan berkaitan isu pengampunan.
Ketua Polis Negara berkata perkara itu untuk patuh dan hormat titah Yang di-Pertuan Agong selain menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Terdahulu, Agong bertitah permohonan pengampunan hanya boleh dibuat melalui Lembaga Pengampunan dan bukannya melalui perhimpunan atau saluran yang tidak sah.
.....
Dalam perkembangan berkaitan, UMNO batalkan perhimpunan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Isnin depan.
Pihaknya berkata keputusan itu dibuat untuk menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam beri pengampunan.
.....
Menteri Agama maklumkan kira-kira 6 ribu bakal jemaah haji 2025 bersetuju menerima tawaran berkenaan setakat ini.
Tambahnya, surat tawaran haji itu diedarkan secara berperingkat kepada bakal jemaah haji 2025 dan dijangka selesai pada 15 Januari ini.
.....
Syarikat Air Negeri Sembilan berkata penutupan sementara bekalan air pada Selasa depan akan akibatkan gangguan di beberapa kawasan di Port Dickson dan Seremban.
.....
Dan seorang wanita cedera di perut dipercayai ditikam anak saudara berusia 14 tahun yang tinggal bersamanya di Butterworth, Pulau Pinang.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca