← Back to list
KPM pertimbang perluas Baucar Buki MADANI kepada guru
Jan 17, 2025
Kementerian Pendidikan bercadang untuk memperluaskan pemberian Baucar Buku MADANI kepada guru.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata ia susulan kejayaan penebusan baucar buku oleh murid yang mencapai 100 peratus termasuk di kawasan luar bandar.
Baucar RM50 diberikan kepada murid sekolah rendah, manakala pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi menerima RM100.
__
Prasarana sasar purata 1.4 juta penumpang sehari menjelang Disember depan.
Ia susulan jumlah penumpang harian yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Prasarana tahun lalu, meningkat 24 peratus kepada kira-kira 1.1 juta orang.
Tambahnya, operasi LRT Laluan Shah Alam juga dijadual bermula akhir suku ketiga tahun ini.
__
Dan, anak perempuan kepada pelawak Shuib, Talita bakal tampil pada Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura, 10 Mei depan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca