← Back to list
Tahun Baru Cina: Larangan Kenderaan Barangan Guna Jalan Raya
Jan 19, 2025
JPJ akan menguatkuasakan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Larangan itu berkuat kuasa selama 4 hari iaitu pada 27 dan 28 Januari serta pada 1 dan 2 Februari.
Ia selepas mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengangkutan akan bincang dengan JPJ untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP.
Ia bagi menjadikan urusan transaksinya lebih mudah, pantas dan selamat.
---
Kementerian Pelancongan sedang teliti dasar untuk mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000 bagi elak penipuan.
Dalam perkembangan berkaitan, polis Selangor sambung reman 7 individu yang ditahan berkaitan penipuan umrah baru-baru ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca