← Back to list
Kerajaan Bincang Isu Tol Percuma Sempena Perayaan, Jumaat Ini
Jan 22, 2025
Kerajaan Bincang Isu Tol Percuma Sempena Perayaan, Jumaat Ini
Pihaknya akan berbincang mengenai pendekatan lebih berkesan dan bersasar bagi membantu rakyat.
Pengumuman kerajaan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan adalah keputusan dasar yang dibuat sebelum ini.
Bagaimanapun kerajaan akan tetap terima pandangan daripada semua pihak dan mengkaji langkah yang tepat untuk perkara tersebut.
Susulan itu jelas jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, kabinet akan berbincang Jumaat ini mengenai pendekatan lebih berkesan dan bersasar bagi membantu rakyat
Peningkatan trafik sempena sambutan Tahun Baru Cina
Peningkatan trafik ketara dijangkakan di lebuh raya utama sempena sambutan Tahun Baru Cina, minggu depan.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia, 2.6 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari.
Pihaknya turut meramalkan aliran trafik keluar dari KL memuncak antara 24 hingga 28 Januari, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Februari.
Guru yang ingin lakukan kerja sambilan perlu dapat kebenaran KPM
Mana-mana guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan terlebih dahulu.
Jelas Menterinya, Fadhlina Sidek, sebarang kerja sambilan yang dilakukan tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka sebagai guru.
Beliau mengulas mengenai dakwaan lambakan pegawai perkhidmatan pendidikan yang menjalankan kerja sambilan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca