← Back to list
Henti Amalan Bayar Gaji Berdasarkan Jantina!
Jan 24, 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) selar sebarang dasar dan amalan yang bayar gaji berdasarkan jantina.
MEF menegaskan pekerja perlu dinilai berdasarkan sumbangan dan prestasi kepada organisasi bukannya jantina.
Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat gesa tindakan segera diambil untuk tangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia.
Ia bagi mengulas laporan Jabatan Perangkaan bahawa siswazah wanita secara purata dapat gaji RM900 lebih rendah berbanding lelaki, walaupun memiliki kelayakan akademik setara.
---
Luruan monsun dijangka melanda negara selama 5 hari bermula Ahad ini.
Menurut MET Malaysia, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sarawak dan Sabah dalam tempoh tersebut.
Orang ramai dinasihat merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia untuk maklumat terkini dan sahih.
Sementara itu jumlah mangsa banjir di Bintulu dan Betong, Sarawak turun kepada 90 orang.
---
JPJ akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunternya yang bertugas melebihi 5 tahun.
Ia selaras arahan Ketua Setiausaha Negara mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter.
Ia antaranya bagi memelihara aspek integriti petugas kaunter JPJ serta peningkatan kemahiran dan pengalaman penjawat awam dalam penyampaian perkhidmatan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca