Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Segera Laksana Inisiatif Penguasaan Bahasa Inggeris

Feb 12, 2025


Perdana Menteri mahu Kementerian Pendidikan (KPM) segera laksana inisiatif penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid khasnya di sekolah menengah.  

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, perancangan dalam reformasi pendidikan tidak boleh ambil masa terlalu lama. 

Sementara itu peperiksaan SPM 2024 melibatkan lebih 400,000 calon yang baru berakhir 6 Februari lalu berjalan lancar. 

Menurut KPM walaupun peperiksaan itu diadakan dalam musim Tengkujuh yang akibatkan banjir di beberapa negeri, ia berjaya dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama pelbagai pihak. 

Dalam pada itu kira-kira 900 calon SPM 2024 di Johor dilapor tidak menduduki peperiksaan utama itu.  

Antara sebabnya mereka anggap SPM tidak penting dan yakin boleh mendapat pekerjaan di Singapura.

--- 

Kementerian Pendidikan (KPM) telah membangunkan Sistem Pengesanan Murid KPM yang diperkukuhkan dengan Kepintaran Buatan (AI). 

Ia bertujuan kesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, murid tercicir dan kanak-kanak yang tidak dapat akses pendidikan.  

KPM juga telah melaksanakan program outreach dengan kerjasama komuniti setempat bagi bantu murid tercicir kembali ke sekolah. 

Hasilnya tahun lalu, kira-kira 880 murid sekolah rendah dan hampir 2,000 murid sekolah menengah kembali bersekolah.  

--- 

Negara dijangka alami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan susulan fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka tamat pertengahan bulan depan. 

Menurut MetMalaysia, dalam tempoh itu litupan awan dan taburan hujan berkurangan di majoriti tempat terutamanya di utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us