← Back to list
Syarat Kemasukan ke Program Diploma Kejururawatan Dilonggarkan
Feb 20, 2025
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM termasuk di Institut Latihan KKM dilonggarkan sehingga Disember tahun depan.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), berbanding 5 kredit sebelum ini calon kini hanya perlu 3 kredit iaitu dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Langkah itu adalah antara inisiatif kerajaan untuk tangani isu kekurangan jururawat di hospital kerajaan dan swasta.
Dalam perkembangan lain, lebih 60 peratus kes jangkitan HIV di Malaysia tahun lalu berpunca daripada hubungan homoseksual dan biseksual.
Menurut Kementerian Kesihatan, cabaran juga semakin kompleks ekoran penggunaan dadah dan bahan terlarang dalam kalangan generasi muda.
Justeru KKM terus pergiat usaha bendung penularan HIV untuk meningkatkan kesedaran dan melaksanakan pencegahan dalam masyarakat terutama golongan berisiko tinggi.
---
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah tarik balik larangan berceramah terhadap pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik.
Menurut KDN, larangan itu tidak lagi dikuatkuasakan selepas siasatan terhadap kenyataan oleh penceramah itu pada 2019.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca