← Back to list
Berita Baik Untuk Penolong Pegawai Perubatan
Mar 10, 2025
Kira-kira 770 Penolong Pegawai Perubatan akan ditawar jawatan tetap bagi memperkukuh tenaga kerja sektor kesihatan.
Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengumumkan Penolong Pegawai Perubatan boleh mengeluarkan preskripsi ubat-ubatan asas untuk rawatan penyakit ringan tidak lama lagi.
Ia sebagai usaha Kementerian Kesihatan iktiraf peranan mereka terutama di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai doktor.
---
Perdana Menteri puji integriti dan ketegasan LHDN dalam memastikan rakyat tunai tanggungjawab bayar cukai.
Ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia membawa kepada pematuhan cukai yang lebih baik.
Tahun lepas LHDN kutip lebih RM184 bilion ringgit hasil cukai, naik hampir RM1. 5 bilion berbanding tahun 2023.
---
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, memaksa lebih 4,500 penduduk dipindahkan ke PPS.
6 daerah terjejas dan dengan Beufort, Tenom dan Membakut mencatatkan paling ramai mangsa.
Manakala di Limbang, Sarawak, kira-kira 300 penduduk kini berlindung di PPS.
Sementara itu, cuaca panas di utara Semenanjung Malaysia menyaksikan Baling, Kedah diletakkan di bawah amaran haba tahap 1.
Ia bermaksud suhu di kawasan itu mencecah antara 35 hingga 37 darjah celsius selama 3 hari berturut-turut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca