← Back to list
Ops Khas Aidilfitri: JPJ Guna Dron Pantau Trafik
Mar 18, 2025
Anggota JPJ akan meneruskan operasi penyamaran menerusi Ops Khas Sempena Aidilfitri.
Ia bagi pantau gaya pemanduan pemandu bas ekspres dan ia turut melibatkan pemeriksaan di depo dan terminal bas.
Menurut JPJ, penyamaran yang dilakukan sebelum ini terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar kesalahan melibatkan pengangkutan awam.
Operasi khas JPJ sempena Aidilfitri bermula pada 24 Mac hingga 8 April ini.
Sementara itu JPJ Kelantan akan guna dron bagi pantau kemasukan 2 juta kenderaan ke negeri itu menjelang sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini.
Selain memantau kesesakan lalu lintas, dron tersebut turut digunakan untuk kesan kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya.
---
JAKIM telah bertemu dan menegur wanita pemilik akaun Facebook yang dilapor buat hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, baru-baru ini.
Sementara itu polis telah terima 13 laporan berhubung perkara berkenaan dan sudah merujuk kepada SKMM bagi menurunkan hantaran itu kerana boleh kelirukan pembaca.
---
Seorang penuntut perempuan dilapor cedera parah ditikam rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus IPT di Sungai Petani, Kedah.
---
Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki terlanggar gajah liar yang melintas jalan di Kota Tinggi, Johor.
---
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan untuk Sarawak bermula hari ini hingga Khamis.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca