← Back to list
Perdana Menteri umum BKK Aidilfitri untuk penjawat awam
Mar 21, 2025
Kerajaan umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan membabitkan sekitar RM1 billion itu akan disalurkan minggu depan.
Tambah beliau, pesara juga akan menikmati BKK Aidilfitrii sebanyak RM250.
__
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 akan disalurkan kepada 8.5 juta penerima yang layak bermula Isnin depan.
Bantuan sehingga RM650 itu melibatkan peruntukan sebanyak 1.7 bilion ringgit, meningkat berbanding 1.5 bilion ringgit pada tahun lalu.
__
Sementara itu, Perlis umum Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM500 untuk penjawat awam negeri Gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
__
Dan, Datuk M Nasir cipta kelainan apabila bakal mengadakan konsert dengan tema lagu hari raya di Zepp KL, 13 April ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca