← Back to list
Kelantan & Terengganu Diramal Banjir
Mar 23, 2025
Kelantan & Terengganu Diramal Banjir
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara jangkakan beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dilanda banjir mulai hari ini.
Jelasnya amaran awal tersebut dikeluarkan bertujuan memastikan penduduk berada dalam keadaan waspada untuk berdepan sebarang kemungkinan.
Ia susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melibatkan seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan hingga esok.
Sementara itu, kerajaan Johor akan salurkan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir lebih 11 juta ringgit kepada penduduk yang terjejas banjir di negeri itu sebelum sambutan Aidilfitri.
PBB perlu tegas terhadap Israel
Malaysia gesa PBB dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan pertumpahan darah dan jenayah genosid yang sedang berlaku di Gaza.
Wisma Putra berkata Israel perlu dipaksa untuk patuhi undang-undang antarabangsa, menghormati resolusi PBB dan kembali ke meja rundingan.
Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru Israel ke atas Gaza khususnya di Rafah, yang telah meragut lebih 600 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh 3 hari.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca