← Back to list
Pra Operasi Aidilfitri: 500 Bas Diperiksa
Mar 24, 2025
Lebih 500 bas ekspres diperiksa dalam pra-operasi khas sempena Aidilfitri bermula 17 Mac hingga semalam.
Ia langkah proaktif JPJ sebelum bermulanya operasi khas sempena perayaan itu agar kenderaan pengangkutan awam mematuhi piawaian dan diselanggara dengan baik.
Menurut Kementerian Pengangkutan, hasilnya 11 bas didapati tidak selamat untuk berada di jalan raya dan notis larangan dikeluarkan serta-merta.
Sepanjang musim perayaan ini, 2,500 anggota JPJ akan bertugas terutamanya di lokasi hotspot kemalangan.
Untuk makluman Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri oleh JPJ bermula hari ini hingga 8 April.
Sementara itu hampir 7,000 pegawai dan anggota polis trafik akan bertugas dalam Op Selamat sempena Aidilfitri tahun ini.
Menurut Bukit Aman, mereka akan pantau lebih 500 lokasi hotspot dan blackspot di lebuh-lebuh raya utama, jalan persekutuan dan jalan negeri serta menyuraikan kesesakan trafik.
Op Selamat akan berlangsung selama 6 hari dan akan bermula Sabtu ini.
---
Situasi banjir di 3 negeri semakin pulih menyaksikan jumlah mangsa turun kepada sekitar 5,000 orang.
Johor merekodkan kira-kira 4,000 mangsa manakala Sabah dan Sarawak pula masing-masing mencatatkan kira-kira 400 mangsa.
---
TNB telah aktifkan pasukan teknikal dan kesiapsiagaan bencana susulan ramalan awal banjir di beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan bermula malam tadi.
Pihaknya memaklumkan, bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin akan diputuskan sementara jika berlaku banjir demi keselamatan penduduk.
---
Lebih, 1,500 notis telah dikeluarkan kepada pengusaha kerana langgar peraturan kesihatan dan kebersihan di bazar Ramadan seluruh negara.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, antara kesalahannya ialah tidak menjalani latihan pengendali makanan, tiada suntikan anti tifoid dan pakaian tidak sesuai ketika mengendalikan makanan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca