← Back to list
PM Anwar Seru Thailand dan Kemboja Selesai Pertikaian Sempadan Secara Aman
Jun 07, 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seru Thailand dan Kemboja supaya dapat selesaikan pertikaian sempadan secara aman.
Ini susulan insiden pertempuran di antara kedua-dua negara itu di sempadan yang mengorbankan seorang askar Kemboja.
Beliau yang juga Pengerusi ASEAN tegaskan penyelesaian damai dan kerjasama serantau perlu menjadi asas utama dalam hal terbabit.
…..
Kira-kira 4 buah treler terbakar hampir 90 peratus dalam satu kejadian di Puchong, Selangor malam tadi.
Bagaimanapun pihak bomba berkata insiden berkenaan tidak melibatkan kehilangan nyawa.
Punca kejadian terbabit masih dalam siasatan.
…..
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar baru-baru ini.
…..
Seorang lelaki rugi lebih RM1.5 juta selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud di Pulau Pinang.
…..
Akhir sekali, Yang di-Pertuan Agong , Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca