← Back to list
Militan Bangladesh Guna Media Sosial Sebar Propaganda
Jul 04, 2025
Militan Bangladesh Guna Media Sosial Sebar Propaganda
Kumpulan militan warga Bangladesh yang ditahan di Johor dan Selangor, baru-baru ini dikesan guna media sosial seperti Whatsapp dan Telegram untuk sebarkan propaganda kumpulan pengganas IS.
Jelas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail platform itu juga digunakan untuk merekrut ahli baru dan memperluas pengaruh fahaman ekstremis di negara ini.
Hasil risikan polis mendapati lebih 100 warga Bangladesh dikenal pasti terlibat dalam Gerakan Militan Radikal Bangladesh itu.
Datuk Seri Mohd Khalid turut sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti pengganas setakat ini.
Perkhidmatan Aerotrain KLIA tergendala sementara
MAHB nafi dakwaan perkhidmatan Aerotrain KLIA rosak, kurang seminggu selepas pelancarannya.
Sebaliknya, ia dihentikan sementara pagi tadi susulan takungan air di terowong laluan tren akibat hujan lebat.
Bagaimanapun perkhidmatan pengangkutan ke Terminal Satelit katanya tidak terjejas apabila penumpang terus dibawa menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik.
Susulan itu, MAHB merakamkan penghargaan kepada semua penumpang di atas kesabaran dan kerjasama sepanjang gangguan perkhidmatan berlaku.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca