← Back to list
Wanita Perlu Guna Saluran Betul Untuk Dapatkan Bantuan
Jul 16, 2025
Wanita Perlu Guna Saluran Betul Untuk Dapatkan Bantuan
Gunakan saluran yang betul untuk dapatkan bantuan dan sokongan.
Itu nasihat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada golongan wanita yang berdepan tekanan hidup atau keganasan rumah tangga.
Jelas Datuk Seri Nancy Shukri, pihaknya sedia beri sokongan dan panduan yang tepat khususnya melalui platform rasmi seperti Talian Kasih 15999.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai program motivasi rumah tangga yang didakwa terpesong yang dianjurkan oleh sepasang suami isteri.
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 akan diteliti semula
Satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk meneliti semula struktur dan tafsiran Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, JAC 2009.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi berkata ia bagi elak kekeliruan dalam proses pelantikan hakim yang baru.
Hari ini, Majlis Raja-Raja dijangka umum pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru susulan perbincangan tertutup bersama pemimpin tertinggi kerajaan, semalam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca