← Back to list
Teka- teki kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara terjawab
Jul 18, 2025
Yang di-Pertuan Agong berkenan lantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baru.
Pelantikan itu dibuat oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri, dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Manakala, Datuk Abu Bakar Jais dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
Majlis penyampaian pelantikan dan istiadat angkat sumpah jawatan dan sumpah setia akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara.
---
Proses penambahbaikan baru dalam Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) kini berada di fasa akhir.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, aspek penambahbaikan dalam sistem itu perlukan masa kerana turut melibatkan aspek perundangan.
Sementara itu pemegang Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung akibat kesalahan serius akan diwajibkan menghadiri kursus JPJ.
Ia bagi mendapatkan semula lesen mereka dan inisiatif tersebut dijangka dilaksanakan secara rintis bermula November.
---
Kerajaan Persekutuan tetap dengan pendirian menurunkan had umur belia kepada 30 tahun bermula Januari depan.
Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan, ia selaras pindaan yang diluluskan Parlimen pada 2019.
Namun Sarawak tidak terlibat kerana tidak bercadang mengikuti ketetapan tersebut jadi negeri itu kekalkan had umur belia antara 15 hingga 40 tahun.
---
Pendakwah selebriti yang dilapor terbabit kes amang seksual seperti didedahkan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kini dalam peringkat pendakwaan.
Bukit Aman turut memberitahu, polis terima 8 laporan membabitkan pendakwah terbabit iaitu 7 di Pulau Pinang dan 1 di Kedah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca