← Back to list
Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan Diaktifkan
Jul 20, 2025
Jabatan Alam Sekitar mempertingkat tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan berisiko tinggi berlaku pembakaran terbuka.
Ia susulan peningkatan ancaman jerebu di beberapa lokasi.
Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan juga telah diaktifkan.
Ia bagi menyelaras tindakan antara agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.
JAS turut pantau bacaan Indeks Pencemaran Udara, IPU dari masa ke masa sebagai langkah proaktif bagi tangani jerebu.
Pemilik tanah pula disaran pantau kawasan yang sering dan mudah terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang dan perindustrian.
Sementara itu Bomba Selangor sahkan berlaku kebakaran hutan seluas 1.2 hektar di Kajang semalam, namun tiada mangsa terlibat dan puncanya sedang dikenal pasti.
Dalam pada itui, Nilai dan Port Dickson di Negeri Sembilan serta Banting dan Johan Setia di Selangor catat IPU tidak sihat pada 10.00 pagi tadi.
---
Perdana Menteri menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan hasutan kebencian kaum atau meluahkan perasaan hingga menjejaskan keharmonian.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga minta rakyat fokus kepada perpaduan yang menjadi kekuatan Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan memajukan negara.
Menurut beliau, kerajaan sedang berusaha menyelesaikan masalah rakyat termasuk isu perumahan, kemiskinan dan kos sara hidup tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
Sementara itu Perdana Menteri beri bayangan bahawa satu pengumuman besar akan dibuat sama ada esok atau lusa sebagai tanda penghargaan kepada rakyat.
Datuk Seri Anwar berkata, ia berkait rapat dengan usaha kerajaan menangani isu kos sara hidup yang semakin menghimpit.
---
Polis Johor sahkan pempengaruh permotoran yang dikenali sebagai Ija tidak hilang sebaliknya melarikan diri ke luar negara.
Ini selepas siasatan mendapati dia dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya ke dalam sungai di Muar sebelum melarikan diri ke negara jiran.
Manakala laporan kehilangan yang dibuat adiknya pada 15 Julai lalu dipercayai bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.
Polis sudah ambil keterangan 2 beradik berkenaan dan mereka disiasat atas tuduhan beri maklumat palsu kepada penjawat awam dan bersubahat melakukan kesalahan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca