← Back to list
9 Lokasi Catat IPU Tidak Sihat
Jul 21, 2025
Putrajaya, Temerloh di Pahang dan 2 kawasan di Selangor antara 9 lokasi di Semenanjung yang catat bacaan IPU tidak sihat pada 6 pagi tadi.
Berdasarkan maklumat terkini juga, Nilai di Negeri Sembilan merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 159.
Sebagai makluman, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan.
Menurut Jabatan Alam Sekitar, ia bagi selaras tindakan antara agensi kerajaan untuk tangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.
Sementara itu Indonesia akan memulakan operasi pembenihan awan hari ini bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang semakin buruk di Riau.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional republik itu, operasi tersebut akan dijalankan sekurang-kurangnya selama 7 hari dan boleh dilanjutkan bergantung kepada keadaan.
---
MARA akan memulakan inisiatif rintis melantik warden asrama dalam kalangan pesara tentera dan polis di 2 MRSM, bulan depan.
Ia melibatkan MRSM Besut di Terengganu dan MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang.
Tempoh percubaan adalah selama 6 bulan dan jika berjaya inisiatif itu akan dilaksanakan di semua MRSM bagi tangani kes buli.
---
JPJ bercadang perluas penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar kepada semua bas milik IPT dan sekolah berasrama penuh.
Pihaknya akan menggerakkan pasukan teknikal dan penguatkuasaan JPJ negeri bermula bulan depan.
Dalam perkembangan berkaitan, JPJ telah mengeluarkan hampir 1,300 saman di bawah operasi khasnya bagi memastikan pengunaan tali pinggang keledar pada bas ekpres, bas persiaran dan kenderaan barangan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca