← Back to list
Kes Zara Qairina : Jangan Sebar Info Tak Sahih
Aug 07, 2025
Kes Zara Qairina : Jangan Sebar Info Tak Sahih
Orang ramai diingatkan jangan salah guna platform media sosial untuk sebarkan kandungan yang tidak sahih berhubung kes kematian pelajar tingkatan 1 di Sabah, Zara Qairina.
Menteri Komunikasi berkata pihaknya telah minta MCMC beri kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan polis agar tiada gangguan dalam proses siasatan.
Terdahulu, Ketua Polis Negara beri nasihat yang sama susulan wujudnya penyebaran maklumat dan gambar yang dikaitkan dengan kes tersebut di media sosial.
Sementara itu, KPM sudah buat lebih 10 laporan polis berhubung penyebaran video dan penulisan mengaitkan kes tersebut yang boleh menimbulkan kemarahan awam terhadap guru dan pelajar.
Ia sejajar dengan keutamaan KPM untuk menjaga kesejahteraan pelajar dan warga sekolah kerana sebaran berita palsu itu bukan sahaja jejaskan emosi malah mengancam keselamatan.
Lebih 3,000 kes HIV direkodkan tahun lepas, majoritinya belia
Lebih 3,000 kes HIV direkodkan tahun lepas dengan majoritinya babitkan golongan belia.
Menurut Kementerian Kesihatan ia meningkat berbanding sekitar 35 tahun lalu, dengan golongan belia jadi penyumbang utama iaitu sebanyak 75 peratus kes.
Tambahnya, penularan melalui hubungan seksual kini jadi punca utama jangkitan berbanding perkongsian jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.
Data KKM menunjukkan 96 peratus daripada keseluruhan jangkitan HIV baru di Malaysia tahun lalu berpunca daripada hubungan seksual dengan sebahagian besarnya melibatkan hubungan sejenis.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca