← Back to list
Jangan risau hantar anak ke sekolah berasrama
Aug 08, 2025
Kementerian Pendidikan beri jaminan kepada ibu bapa bahawa semua sekolah asrama kendaliannya masih selamat.
Tegas Menterinya, Fadhlina Sidek, KPM sentiasa mempertingkatkan keselamatan dan menambah baik semua aspek bagi menjadikan sekolah kawasan yang selamat.
Ia bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan yang mendakwa ramai ibu bapa di Sabah kini fobia untuk hantar anak ke sekolah berasrama ekoran kes buli yang berleluasa.
---
Sistem pembayaran terbuka tol guna teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan bermula Oktober.
Sebagai permulaan, sistem itu akan diuji di 13 plaza tol membabitkan 35 lorong sebelum diperluas secara berperingkat ke keseluruhan jajaran PLUS.
Ia membolehkan pengguna melalui mana-mana lorong sedia ada tanpa perlu berhenti, sekali gus menjanjikan perjalanan lebih lancar dan fleksibel.
Pengguna hanya perlu mendaftar secara dalam talian menggunakan maklumat pengenalan diri, kenderaan dan kaedah pembayaran.
---
Rang Undang-Undang Pekerja Gig yang bertujuan iktiraf dan lindungi pekerja gig secara sah, dijangka dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama 14 Ogos ini.
Sekiranya ia jadi kenyataan, Malaysia akan jadi negara ke-16 di dunia yang melaksanakan undang-undang melindungi pekerja sektor gig.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan sedang laksana kempen kesedaran untuk memastikan lebih ramai pekerja gig sertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah PERKESO.
Ia berikutan kadar penyertaannya yang masih rendah iaitu 320 ribu daripada 1.1 juta pekerja dalam sektor ekonomi berkenaan.
---
Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan di Seremban akan mula beroperasi bulan depan yang juga fasiliti pertama di negara ini yang tawar perkhidmatan kepakaran pergigian di luar hospital.
Ia turut menjadi pusat sehenti bagi perkhidmatan kepakaran pergigian di Negeri Sembilan, Putrajaya dan Melaka.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca