← Back to list
CUEPACS Tolak Cadangan Ambil Jururawat Indonesia
Aug 08, 2025
CUEPACS Tolak Cadangan Ambil Jururawat Indonesia
CUEPACS tolak cadangan mengambil jururawat dari Indonesia untuk berkhidmat di hospital-hospital di Malaysia.
Jelasnya, cadangan itu tidak wajar dilaksanakan memandangkan masih ramai graduan jururawat yang masih menunggu untuk mendapatkan tawaran perjawatan.
Pihaknya turut berpendirian bahawa kualiti dan piawaian latihan jururawat tempatan lebih tinggi kerana telah melalui latihan yang ketat mengikut piawaian KKM.
Terdahulu ada pihak mencadangkan supaya satu kerjasama strategik dilaksanakan bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini.
MCMC sekat lebih 2 billion panggilan telefon scam
MCMC dengan kerjasama beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menyekat lebih 2 billion panggilan telefon yang mencurigakan atau scam sejak 2022 hingga 1 Ogos lalu.
Menurut Kementerian Komunikasi, lebih 2 bilion SMS tidak diminta turut disekat dalam tempoh sama.
Usaha itu dilaksanakan bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Sementara itu, lebih 70 individu ditahan polis selepas disyaki terbabit kegiatan sindiket penipuan dalam serbuan berasingan selama 2 hari di seluruh negara bermula 29 Julai lalu.
Siasatan mendapati individu ditahan disyaki keldai akaun dan berkaitan sindiket penipuan antaranya babitkan 'phone scam', pinjaman tidak wujud dan pengurup wang tidak berlesen.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca