← Back to list
Kes Zara Qairina : Bedah Siasat Selesai Malam Tadi
Aug 11, 2025
Kes Zara Qairina : Bedah Siasat Selesai Malam Tadi
Proses bedah siasat Allahyarham Zara Qairina selesai malam tadi selepas kira-kira 8 jam prosedur itu dilakukan.
Jenazah pelajar Tingkatan 1 sebuah sekolah agama di Papar, Sabah itu juga sudahpun dikebumikan semula di lokasi sama di Sipitang.
Sabtu lalu, kubur Allahyarham Zara digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan.
Sementara itu, peguam keluarga Allahyarham Zara berkata laporan bedah siasat akan disediakan oleh pasukan forensik mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Pihaknya akan mohon inkues jika keputusan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah arwah tidak memuaskan hati keluarga.
Dakwaan penunggang motor kena bayar tol, Oktober nanti adalah palsu
Lembaga Lebuhraya Malaysia nafi dakwaan kononnya penunggang motosikal akan mula bayar tol mulai Oktober!
Pihaknya berkata tiada sebarang perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini termasuk bagi penunggang motosikal.
Tegas LLM maklumat palsu itu berpotensi cetuskan kebimbangan tidak berasas dalam kalangan penunggang motosikal dan susulan itu orang ramai diminta rujuk sumber rasmi pihak berkuasa.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca