← Back to list
Kes Kematian Zara Qairina: Akaun TikTok Sebar Maklumat Tidak Sahih disiasat
Aug 16, 2025
Orang ramai diminta henti sebar berita palsu di media sosial mengenai Zara Qairina.
Bukit Aman berkata demikian susulan sebuah akaun TikTok dipercayai berkongsi kandungan tidak tepat dan sahih berkaitan kes kematian Zara.
Tegasnya perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh timbulkan salah faham sekali gus menjejaskan kelancaran siasatan polis.
.....
CUEPACS menghargai pengumuman Perdana Menteri berhubung beberapa inisiatif baharu kepada penjawat awam termasuk kelonggaran syarat haji.
Pihaknya berkata usaha itu beri kelebihan kepada penjawat awam yang sudah terima giliran mengerjakan haji namun belum disahkan jawatan.
.....
Malaysia kecam sekeras-kerasnya agenda Israel yang mahu menghapuskan kedaulatan Palestin sekali gus memusnahkan penyelesaian dua negara.
Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mempromosikan “Greater Israel” sebagai visi peluasan wilayah haram.
.....
Akhir sekali, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tolak tawaran untuk kembali sebagai Presiden MUDA berikutan pembebasannya daripada pertuduhan rasuah.
Ahli Parlimen Muar itu berkata kepada FMT, beliau perlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan mengenai jawatan itu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca