Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Jajaran Penuh WCE Dijangka Siap 2027

Aug 26, 2025


jajaran penuh wce dijangka siap 2027

Foto - WCE

SHAH ALAM: WCE Holdings Bhd menyuarakan komitmen untuk menyiapkan sepenuhnya Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menjelang tahun kewangan 2027.

Baki tiga seksyen utama lebuh raya yang belum siap iaitu Seksyen 3, 4 dan 7 sedang giat dibina dengan perancangan teliti bagi memastikan tarikh sasaran dapat dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lyndon Alfred Felix, berkata Seksyen 7 dijangka siap menjelang akhir 2026 manakala Seksyen 3 disasarkan siap pada suku pertama 2027.

jajaran penuh wce dijangka siap 2027

Foto - YouTube Fawwaz Media

Jelas Lyndon, antara cabaran utama yang dihadapi pihaknya pada masa ini adalah isu pengambilan tanah di Lot 15762 bagi Seksyen 3.

"Walaupun pampasan telah dibayar, pemilik tanah berkenaan masih enggan mengosongkan kawasan berkenaan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-24 kumpulan, hari ini.

Pihaknya telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan kerajaan negeri dan Persekutuan serta pihak berkaitan dan berharap isu ini dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan lagi.

jajaran penuh wce dijangka siap 2027

Foto - WCE

Sehingga kini, lapan daripada 11 seksyen WCE telah beroperasi, iaitu Seksyen 1, 2, 5 dan 6 di Selangor serta Seksyen 8 hingga 11 di Perak.

Tambah Lyndon, trafik di seksyen yang telah dibuka mencatat perkembangan positif, seiring dengan unjuran asal syarikat.

Malah, purata trafik harian (ADT) juga meningkat 36 peratus tahun ke tahun pada suku pertama tahun kewangan 2026, mencerminkan permintaan tinggi terhadap lebuh raya berkenaan.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us