← Back to list
MA63 : Kerajaan Komited Berbincang Dengan Sabah Dan Sarawak
Sep 13, 2025
Kerajaan Persekutuan akan terus berbincang dengan Sabah dan Sarawak mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan perbincangan itu akan dijalankan secara harmoni dan saling menghormati.
Tambah beliau antara perkara yang akan dibincangkan ialah termasuk penambahan kerusi Parlimen dan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman.
.....
LHDN kesan lebih 300 kes ketidakpatuhan membayar cukai dengan nilai RM1.75 bilion antara Januari 2024 sehingga Ogos tahun ini.
Pihaknya berkata lebih seribu syarikat juga dikesan berbuat perkara yang sama dengan nilai cukai tertunggak sebanyak RM15.2 bilion.
LHDN seru semua pembayar cukai supaya kemukakan maklumat tepat dan terkini untuk elak penalti berat dan tindakan undang-undang.
.....
Kementerian Kewangan memaklumkan kacang soya mentah dan makanan haiwan dikecualikan daripada Cukai Jualan bagi memastikan kestabilan harga ayam, telur dan daging.
.....
Di Pasir Mas, Kelantan, Pasukan Gerakan Am merampas lebih 3 ribu batang kayu pelbagai jenis yang dianggarkan lebih RM2 juta dalam serbuan di sebuah kilang kayu.
.....
Dan kira-kira 300 mangsa banjir di Penampang dan Beaufort, Sabah masih berlindung di beberapa Pusat Pemindahan Sementara ketika ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca