← Back to list
Banjir Sabah : Kerajaan Teliti Rumah Rosak
Sep 18, 2025
Banjir Sabah : Kerajaan Teliti Rumah Rosak
Kerajaan sedang teliti senarai rumah rosak akibat bencana banjir dan tanah runtuh di Sabah untuk dibaiki atau dibina semula.
Timbalan Perdana Menteri juga meminta MARA membantu rumah rosak yang masih boleh dibaiki dengan memasang pendawaian semula agar elektrik dapat disalurkan.
Tambah beliau, pegawai dan jentera agensi kerajaan yang terlibat akan digerakkan ke daerah terjejas bagi membantu rakyat yang memerlukan.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak bersedia hadapi kemungkinan berlakunya luruan angin ke Pantai Timur Sabah dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan berkaitan, Bomba sahkan sebuah rumah roboh manakala 2 kenderaan rosak dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kampung di Penampang, awal pagi tadi.
Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu namun pihaknya menasihati penduduk sekitar supaya berpindah jika perlu, kerana bimbang berlakunya runtuhan susulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sabah, esok bagi menyantuni rakyat dan meninjau sendiri situasi bencana.
             
            
              Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
              
              
                
                  
Isnin - Khamis
                
                
                7:00am, 8:00am, 9:00am
                  12:00pm, 6:00pm
                
                
                  
Jumaat - Sabtu
                
                
                10:00am
                  12:00pm, 1:00pm
                
                
                  
Ahad
                
                
                7:00am. 8:00am, 11:00am
                  1:00pm
               
               
              
              Cuaca