← Back to list
BUDI95 : Segera Perbaharui Lesen Memandu
Sep 24, 2025
BUDI95 : Segera Perbaharui Lesen Memandu
Orang ramai dinasihatkan supaya segera memperbaharui lesen memandu mereka terutamanya yang capai hampir 3 tahun.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata ia bagi elak sebarang masalah berkaitan kelayakan subsidi BUDI95.
Tambah beliau, 2.4 juta rakyat Malaysia hilang kelayakan menerima Bantuan Budi Madani RON95 susulan lesen memandu mereka terbatal kerana tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Terdahulu, JPJ umum akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada hujung minggu di seluruh negara mulai Sabtu ini bagi memudahkan orang ramai memperbaharui lesen memandu.
Polis nafi Malaysia pangkalan kepimpinan Hamas
Malaysia bukan pangkalan kepimpinan Hamas seperti dakwaan bekas penganalisis kewangan keganasan Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Sebaliknya jelas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, sokongan rakyat Malaysia terhadap Palestin adalah berlandaskan nilai agama dan kemanusiaan.
Sementara itu, Pengarah dan jurucakap Sumud Nusantara sahkan 34 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza selamat susulan ancaman letupan dan gangguan komunikasi pagi tadi.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca