Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Pelaksanaan penuh BUDI95 bermula!

Sep 30, 2025


16 juta rakyat Malaysia yang layak akan nikmati manfaat inisiatif petrol sempena pelaksanaan penuh BUDI95 hari ini.  

Inisiatif itu menetapkan harga petrol RON95 pada kadar seringgit 99 sen seliter, dengan setiap individu diberi kelayakan hingga 300 liter sebulan. 

Sementara itu harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada 2 ringgit 60 sen seliter bermula hari ini hingga 8 Oktober. 

Dalam perkembangan berkaitan, rakyat diminta pastikan butiran pada MyKad dan lesen memandu tepat agar kelayakan tidak terjejas.  

Ia memandangkan analisis Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan mendapati sebahagian data lesen memandu masih guna nombor lama. 

---  

Penutup lubang yang diambil untuk siasatan kes murid maut terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sekolahnya didapati berada dalam keadaan baik dan tiada kecacatan ditemui. 

JKR Negeri Sembilan memaklumkan, laporan lengkap hasil siasatan akan dikemukakan segera untuk tindakan lanjut bagi memastikan kejadian itu tidak berulang. 

--- 

Semua 34 rakyat Malaysia yang menyertai delegasi Global Sumud Flotilla berada dalam keadaan baik di atas kapal masing-masing.  

Pusat Kawalan Sumud Nusantara juga memaklumkan, kapal misi bantuan kemanusiaan berkenaan dijangka memasuki zon merah dan menghampiri Gaza, Khamis ini.  

Sementara itu tentera Israel dilapor menembak mati 4 penduduk Palestin yang berusaha mendapatkan bantuan berhampiran pusat agihan di Rafah.  


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us