Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

Ibu Zayn Rayyan dihukum penjara 5 tahun

Oct 31, 2025


Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memerintahkan ibu Allahyarham Zayn Rayyan ke Penjara Wanita Kajang serta-merta bagi jalani hukuman penjara lima tahun kerana mengabai anak. 

Ini selepas mahkamah memutuskan tiada sebab untuk menangguh pelaksanaan hukuman ke atas tertuduh.  

Mahkamah turut memerintahkan Ismanira dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun serta khidmat masyarakat selama 120 jam dalam masa enam bulan selepas dibebaskan. 

__

Kerajaan tegaskan media mempunyai hak untuk mengemukakan sebarang soalan, selaras komitmen prinsip ketelusan dan kebebasan bersuara. 

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bersikap terbuka terhadap sebarang soalan yang dikemukakan pihak media. 

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengugut seorang wartawan dalam sidang akhbar, baru-baru ini. 

__

Dan, muatan berlebihan pada lori ‘tipper’ yang membawa batu kerikil dikenalpasti sebagai punca utama kemalangan maut membabitkan lori FRU di Teluk Intan, Mei lalu. 

Menurut Kementerian Pengangkutan, ia menyebabkan kehilangan kawalan kenderaan dan pelanggaran dengan lori FRU yang sedang berkonvoi pulang ke Ipoh. 

Laporan akhir turut menjelaskan tiada kegagalan sistem brek atau stereng dikesan, sebaliknya tidak mematuhi faktor operasi dan pematuhan, termasuk ketiadaan sistem pemantauan GPS yang berfungsi. 

Terdahulu, sembilan anggota FRU maut manakala sembilan lagi cedera selepas terlibat kemalangan dengan lori muatan baru kerikil. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us