← Back to list
Pembakaran terbuka punca kebakaran hutan di Salak Tinggi - Bomba
Nov 01, 2025
Bomba berjaya memadam sepenuhnya kebakaran hutan belukar seluas lapan hektar di Salak Tinggi yang videonya viral semalam selepas 13 jam.
Ketua Pengarah Bomba berkata pembakaran secara sengaja oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai punca kebakaran.
Tambah Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, tiada mangsa terlibat dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi tadi.
__
Polis Kedah tahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana tetak abang iparnya sendiri hingga maut di Jerlun.
Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan.
__
Dan, Kuala Lumpur secara rasmi diiktiraf oleh UNESCO sebagai 'City of Design'.
DBKL memaklumkan ia merupakan pencapaian penting selari dengan usaha global untuk menjadikan kreativiti sebagai asas kepada pembangunan bandar yang mampan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca