← Back to list
BUDI95: KPDN siasat dakwaan isu minyak RON95
Nov 02, 2025
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) siasat dakwaan berkaitan pengguna terima kuantiti dan kualiti minyak RON95 diragui dalam program BUDI95
Pihaknya memaklumkan, ia bagi memastikan isu tersebut disiasat dengan telus supaya hak pengguna terus dilindungi.
Setakat ini KPDN telah terima 6 aduan berkaitan kekurangan kuantiti minyak petrol RON95, namun tiada aduan rasmi diterima berkaitan isu kualiti rendah.
Sementara itu secara purata penerima BUDI95 kategori persendirian catat penggunaan 98 liter sebulan pada Oktober, jauh lebih rendah daripada had kelayakan bulanan 300 liter yang ditetapkan.
---
Sistem Sahsiah Diri Murid, SSDM akan dikembalikan kepada fungsi asalnya iaitu bagi merekod kes salah laku dan tindakan disiplin murid!
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), ia sekali gus menghapuskan keperluan merekod amalan baik pelajar yang sebelum ini membebankan guru.
Ia juga membolehkan cikgu beri tumpuan kepada pengajaran dan persediaan pelaksanaan kurikulum baru sekolah rendah dan menengah.
---
Polis Negeri Sembilan telah melengkapkan siasatan kes murid maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Nilai, September lalu.
Setakat ini kes terbabit diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut ekoran siasatan terperinci mendapati ia merupakan kemalangan dan tiada unsur jenayah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca