← Back to list
Inisiatif Patriotisme Sepanjang Tahun Akan Dilaksanakan
Nov 06, 2025
Inisiatif Patriotisme Sepanjang Tahun Akan Dilaksanakan
Semangat patriotisme tidak seharusnya diamalkan hanya pada waktu-waktu tertentu seperti ketika Sambutan Hari Kebangsaan pada bulan Ogos dan September.
Sebaliknya Menteri Komunikasi berkata nilai cinta akan negara perlu diterapkan secara berterusan dalam kehidupan masyarakat.
Susulan itu, Jabatan Penerangan Malaysia akan melaksanakan inisiatif Patriotisme Sepanjang Tahun.
Antaranya Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diperluas secara modular bukan hanya sebagai konvoi pada bulan Ogos, pengisian patriotik di sekolah, IPT dan komuniti belia serta pembangunan kandungan digital patriotik yang berterusan.
Jelas Datuk Fahmi Fadzil, ia bertujuan memupuk dan membudayakan semangat kecintaan terhadap tanah air melalui pelbagai aktiviti yang berterusan, inklusif dan dekat dengan rakyat.
Jelaskan saman tertunggak sebelum 30 Disember
Pengguna jalan raya yang ada saman tertunggak kini mempunyai tempoh sehingga 30 Disember depan untuk melunaskannya.
Menteri Pengangkutan berkata selepas tamat tempoh berkenaan, JPJ akan melaksanakan tindakan mahkamah dan senarai hitam.
Ia susulan pelarasan kadar kompaun bagi kesalahan lalu lintas antara JPJ dan PDRM yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari depan.
JPJ dalam pada itu dedahkan masih ada lebih 5 juta saman tertunggak yang belum dilunaskan setakat ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca