← Back to list
Nahas bas bawa siswa UPSI: Syarikat bas didenda RM20,000
Nov 07, 2025
Syarikat yang terlibat nahas bas membawa penuntut UPSI, Jun lalu mengaku bersalah atas 2 tuduhan.
Susulan itu Mahkamah Majistret Gerik mengenakan denda 20 ribu ringgit kepada syarikat bas berkenaan.
Ketika nahas, bas sewa khas itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke UPSI di Tanjung Malim, Perak dan telah meragut nyawa 15 penuntut universiti tersebut.
---
Siasatan polis terhadap kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan dalam bilik sebuah hotel di KL bulan lalu, dijalankan mengikut prosedur ketat.
Menurut KDN, susulan siasatan itu, polis kemudiannya tahan penyanyi rap Namewee yang didapati turut berada bersama mangsa ketika mayatnya ditemui di hotel berkenaan.
Namewee kini direman selama 6 hari bagi bantu siasatan kes tersebut.
---
Kerajaan Melaka akan mewartakan kawasan penemuan serpihan rangka kapal purba di Banda Hilir sebagai zon larangan sehingga kerja-kerja penerokaan selesai!
Ketua Menteri berkata, ia bagi melindungi tapak itu daripada sebarang aktiviti pencerobohan, kerosakan atau cubaan mengambil bahan sejarah tanpa kebenaran.
Namun ujar Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, orang ramai termasuk pelancong masih boleh melihat artifak ditemui di Muzium Melaka.
Beliau juga memaklumkan, penemuan itu berpotensi menjadi indikator baru terhadap fakta sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan negara!
Antara penemuan penting ialah duit syiling yang dipercayai diguna sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Melaka sebelum kota itu jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
---
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan pertemuan dengan pegawai dari Jabatan Peguam Negara.
Ia bagi mendapatkan taklimat lengkap susulan keputusan Mahkamah Tinggi KL mengarahkan kerajaan bayar ganti rugi berhubung kes kehilangan aktivis, Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh.
Ujar Datuk Seri Saifuddin, sebarang kenyataan lanjut berhubung isu itu akan dimaklumkan secara lebih terperinci setelah beliau menerima gambaran secara lebih menyeluruh.
---
RELA mengingatkan orang ramai agar menghormati setiap penjawat awam termasuk anggota pasukan itu yang menjalankan tugas di lapangan.
Tegasnya, sebarang tindakan menghalang, mengugut atau menengking mereka ketika bertugas boleh disiasat mengikut undang-undang.
Ia susulan insiden tular membabitkan seorang anggota RELA yang ditegur secara kasar oleh orang awam di Terminal Bas Johor Bahru Sentral, baru-baru ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca