← Back to list
CEO GISB & 12 lagi bebas hari ini
Nov 07, 2025
CEO GISB dan 12 tertuduh lelaki yang dikenakan hukuman penjara 15 bulan kerana menganggotai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dibebaskan hari ini.
Kesemua tertuduh dibebaskan selepas selesai menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap antara September hingga Oktober tahun lalu.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap isteri CEO GISB dan 8 wanita lain atas pertuduhan sama.
Terdahulu, kesemua 22 individu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menjadi anggota GISBH yang juga sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang.
__
Malaysia memperoleh 2,500 tawaran baharu bagi program TVET di China tahun hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata syarikat China yang melabur di negara ini juga komited untuk ambil pelajar Malaysia yang mendapat latihan di China bekerja.
Data juga menunjukkan lebih 50 peratus pelajar lepasan sekolah menunjukkan minat mendalam untuk memasuki bidang TVET.
Langkah itu sekaligus dapat membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing.
__
Dan, seorang wanita warga Russia buat laporan polis susulan video viral memaparkan dirinya sewaktu siaran langsung seorang pempengaruh lelaki di sebuah restoran baru-baru ini.
Terdahulu, seorang pempengaruh lelaki membuat siaran langsung bersembang lucah mengenai wanita terbabit tanpa kebenaran sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca